Monday, January 31, 2011

Pilih Setiap Hari BerPAHALA @ Setiap Saat Berdosa????

Apakah bercinta itu berdosa??? Ada sebuah hadis, mari kita fikirkn :
    "Jgnlah seorg laki-laki berdua-duaan dgn seorg perempuan yg bukan Mahramnya. Dan janganlah seorg wanita keluar dgn lelaki kecuali ditemani mahramnya."
(BUKHARI MUSLIM)

Pertanyaan, apakh berkasih itu tdk berdua-duaan?? Adasebuah hadis yg layak untuk dibaca:

 "Sesungguhnya jika kepala salah seorg daripada kamu ditusuk dengan jarum besi yg mnyala, itu masih lenih baik drp kamu menyentuh perempuan yg tidak halal bagimi."
(ATTABRANI&ALBAIHAQI)

Pertanyan sekali lagi, apakah dalm berkasih tdk ada saling menyentuh???
Alangkah indahnya bila kita dapat mengisi hari-hari kita dgn pahala. Memperbaiki diri dengan amalan sunnah Nabi. Kita Masih muda, masih kuat dan masih penuh dgn semangat.

Dan alagkah menyesalnya jika kita di masa muda, kita sudah mengumpul byk Dosa. Sedikit demi sedikit, hingga lambat laun jadi bukit. Kita berlindung kepada ALLAH swt.

Amiiinnn.........

AHHH!!! Lidah Punca SegalaNya...





8 BAHAYA LIDAH :

1) BOHONG : hendaklah kita memelihara lidah daripada bercakap bohong sekalipun bergurau.
2) TIDAK MENEPATI JANJI :hendaklah kita memelihara lidah kita daripada suka berjanji.lantaran dikhuatiri kita tidak akan menunaikan janji yang dibuat.di sebabkan kita tidak menunaikan janji,akhirnya kita tergolong dikalangan orang munafik.(nauzubillahi min za lik)
3) MENGUMPAT ORANG : dosa mengumpat orang lebih berat daripada 30 kali berzina.oleh itu peliharalah lidah kita daripada memperkatakan seseorang,yang apabila ia mendengar perkataan kita ia tersinggung.sekalipun apa yang kita katakana itu benar-benar berlaku pada diri orang berkenaan. Allah S.W.T menyerupakan orang yang mengumpat dengan pemakan bangkai.Firman Nya yang bermaksud: “ dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain.apakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah menjadi bangkai?maka sudah tentu kamu marasa jijik daripadanya.”
4) BERTENGKAR : perbuatan ini akan menyebabkan kita menyakiti hati orang lain.akhirnya timbul permusuhan yang berterusan.


5) MEMUJI DIRI SENDIRI :Allah SWT berfirman didalam surah An-Najmu ayat 32 bermaksud :”janganlah kam menganggap dirimu bersih,sebenarnya Allah lebih tahu siapakah orang yang lebih bertaqwa kepada Nya”.
6) MELAKNAT : hendaklah kita menjaga secara bersungguh-sungguh akan lidah supaya tidak melaknat sesame makhluk Allah.Rasullullah SAW tidak pernah mencela makanan yang tidak sedap. Apabila baginda suka,baginda akan memakannya.dan apabila baginda tidak suka,baginda akan meninggalkanya.
7) MENDOAKAN KECELAKAAN ORANG: peliharalah lidah kita daripada berdoa agar seseorang itu ditimpa kecelakaan sekalipun mereka bertindak zalim ke atas kita.
8) BERGURAU ATAU MENGEJEK ORANG LAIN :peliharalah lidah daripada mengejek orang lain sama ada dalam bentuk bergurau,apatah lagi dalam bentuk ucapan yang bersungguh-sungguh.lantaran perbuatan itu boleh menjatuhkan air muka,dan menyebabkan seseorang terasa tersinggung dan berasa sakit hati.

Oleh kerana peranan lidah boleh membinasakan di dunia mahupun akhirat,maka wajarlah ia dipelihara dengan bersungguh-sungguh.mudah-mudahan kita akan selamat hidup di dunia dan akhirat
  

RENUNGKANLAH DUHAI HAMBA ILAHI


Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..

Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.

Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang? Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...

Sunday, January 30, 2011

KEISTIMEWAAN ISLAM

 Assalaamualaikum, semua sahabat2 yg dRAHMATI Allah swt daiiman, mggu lepas sy ada mngenali seorg   mualaf yg bru shj mmluk islam 2 bln, byk jgk soalan2 yg dia tdk arif tntang islam dia ajukn kpd sy, yg saya trtarik skali adalah dia bgtau kwn2 yg sndiri islam tetapi mngejek dia trlalu taksub pd islam. Ya ALLAH, knape anak muda skrnie smapai mcm tu skali mgjek org yg hndakkn mncari sinar chaya ilahi.OK2, marilah kita sama2 memahami keistimewaan islam agama yg Di rehdai ALLAH ini.:
    
1. Memperbaiki kepercayaan & memperkuatkan keyakinan @ aqidah kpd Zat Allah Yang Maha Esa.
2.Menghapuskan kepercayaan kpd yg lain selain Allah swt.
3.Mengatur cara beribadat kpd Allah swt.
4.Mengatur cara2 perhubungan kehidupan manusia.
5.Mengatur hukum2  keseksaan/jinayat yg sesuai dgn manusia.
6.Mengatur hukum keadilan & keturunan.
7.Mempertinggi akhlak manusia.
8.Mengatur hukum2 yg berhubung dgn kebendaan.